
Manchester City berminat untuk mendapatkan bintang Chelsea, Kai Havertz yang bergelut sejak berpindah ke England dari Bayer Leverkusen.
Sejak berpindah ke Chelsea, Havertz bergelut untuk mencari prestasi yang konsisten.
Penyerang asal Jerman itu menghasilkan detik-detik keajaiban dengan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara serta aksi penting yang lain.
Tetapi tidak syak lagi peminat Chelsea mengharapkan lebih daripada Havertz apabila dia menyertai kelab itu.
Kini, Manchester City kini berminat untuk menandatangani Havertz meskipun tidak mungkin Chelsea sanggup memperkuatkan saingan liga mereka.
Tidak dinafikan Havertz adalah pemain berbakat, tetapi dia telah bergelut untuk menyerlah secara konsisten untuk Chelsea.
Pierre-Emerick Aubameyang dan Raheem Sterling kini menjadi pilihan di barisan hadapan menyebabkan masa permainannya semakin berkurangan.
Havertz telah bermain di pelbagai posisi semasa beliau di Leverkusen dan Chelsea, jadi kepelbagaian beliau boleh menjadikannya pilihan yang berguna untuk Manchester City.
Bagaimanapun, dia mungkin merasa sukar untuk mengukuhkan tempat permulaan tetap di bawah Guardiola kerana lambakan pemain bagus yang sudah dimilikinya.