
Pemain tengah AC Milan, Tiemoue Bakayoko menjadi kambing hitam apabila pihak polis menahannya di tengah-tengah jalan raya sebelum diperiksa.
Video Bakayoko sedang diperiksa polis menjadi viral di media sosial, salah satunya dikongsi di Twitter.
Dalam catatan itu, pemain tengah berusia 27 tahun tersebut sedang disoal siasat oleh polis Itali.
Melihat daripada video yang tersebar, terdapat tiga anggota polis menahan kereta pemain pinjaman dari Chelsea itu.
Bakoyoko kemudian diminta keluar daripada keretanya oleh seorang pegawai polis dan diperiksa seluruh badannya.
Dua lagi pegawai polis kelihatan memberi amaran kepada seseorang di dalam keretanya.
Salah seorang Anggota polis dilihat mengacukan pistolnya ke dalam kereta.
Ironinya, selepas menggeledah tubuh Bakoyoko, polis menyedari lelaki yang ditahannya adalah seorang bintang bola sepak.
Dilihat dari riak wajah Bakayoko yang seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku dan tidak menyangka polis telah menangkap orang yang salah.
Tiada kenyataan rasmi berkenaan Bakayoko ditahan oleh polis.
Berkemungkinan besar dia menjadi mangsa tangkapan yang salah kerana dia tidak melanggar sebarang undang-undang ataupun melakukan jenayah.
Tiemoue Bakayoko adalah pemain pinjaman AC Milan daripada Chelsea.
Pemain tengah Perancis itu pada asalnya dibeli oleh Chelsea daripada AS Monaco pada 2017, namun Bakayoko gagal menyerlah bersama The Blues.
Akhirnya, Bakoyoko lebih kerap dipinjamkan keluar dari London antaranya AC Milan dan Napoli adalah kelab yang pernah dan sedang bermastautin.