by klasikko in
Serie A

Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira telah membuka mulut mengenai masa depannya.

Dia memberi bayangan untuk mempertimbangkan keputusan berpindah ke Roma di bawah pimpinan Jose Mourinho.

Torreira telah menghabiskan dua musim terakhir sebagai tempoh sementara di Atletico Madrid dan Fiorentina.

Menjangkau usia pertengahan 20an sebagai pemain pinjaman, masa depannya di Arsenal menjadi perbualan sekaligus timbul spekulasi untuk meninggalkan kelab.

Bercakap dengan CalcioMercato, Torreira mendedahkan bagaimana penghijrahan ke Roma menjadi pilihan dalam masa terdekat.

“Saya berborak dengan Mourinho beberapa hari lalu.

“Dia seorang jurulatih yang saya kagumi dan ia adalah satu kemungkinan yang memikat saya, tetapi ia bukan mudah,” akui Torreira.

Komen dari pemain tengah Arsenal itu menunjukkan dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab London utara tersebut.

Selepas dua tempoh pinjaman dan gagal mengukuhkan posisi tetapnya di The Emirates, langkah terbaik untuknya ialah meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Dengan Mikel Arteta ingin membawa haluan yang berbeza dengan membawa bakat muda, justeru peluang Torreira untuk menembus masuk pasukan Gunners adalah sukar.

Pada usia 26 tahun, Torreira tidak mampu untuk terus menunggu peluangnya tiba.

Share Post:

Related Posts