by klasikko in
La Liga

Valencia berminat untuk mendapatkan Lucas Torreira dari Arsenal di kala Los Che hampir melantik Gennaro Gattuso sebagai pengurus baharu mereka.

Masa depan Torreira masih tidak menentu dan akan menamatkan tempoh pinjamannya bersama Fiorentina.

Beliau telah meluahkan tentang keinginannya untuk kekal di Florence.

Bagaimanapun, laporan mendakwa I Viola tidak mahu membayar sebanyak £12.8 juta untuk menandatangani Torreira secara kekal.

Oleh itu, Arsenal mungkin perlu menunggu tawaran dari pasukan lain.

Tuttomercatoweb melaporkan bahawa Torreira pasti akan meninggalkan Emirates pada musim panas ini serta telah menarik perhatian Valencia.

Kelab La Liga itu semakin hampir melantik Gattuso sebagai pengurus baharu mereka.

Nampaknya salah satu pemain pertama yang menyertai rejim beliau adalah pemain dari Uruguay berkenaan.

Arsenal mengalu-alukan minat untuk mendapatkan Torreira yang pernah menelan belanja £26 juta.

Malangnya, beliau tidak mempunyai masa depan bersama The Gunners.

Jadi, tumpuan mereka adalah untuk mendapatkan bayaran terbaik untuk pemain berusia 26 tahun itu.

Sungguh mengejutkan Fiorentina menolak untuk mengekalkannya.

Beliau telah menjadi pemain tetap dalam pasukan musim lalu di Serie A.

Sementara itu Bernd Leno, pernah melabelnya sebagai pemain yang ‘ luar biasa’.

Sementara itu, Torreira mungkin menghargai peluang untuk berpindah ke Mestalla.

Gattuso seperti kita ketahui adalah salah seorang pemain tengah bertahan terbaik yang pernah disaksikan.

Keagresifan dan kerajinnya adalah penting untuk setiap perlawanan dan Torreira mempunyai beberapa sifat yang serupa dengan beliau.

Gattuso mempunyai rekod yang tidak konsisten sebagai seorang pengurus, tetapi tidak mustahil beliau adalah mentor yang ideal untuk Torreira.

Share Post:

Related Posts