by admin in
Premier League Serie A Video

Ayam tambatan Manchester United, Bruno Fernandes buat julung kalinya terlepas peluang untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti menentang Newcastle United.

Fernandes seperti kita kenali, memiliki reputasi yang gah dan begitu prolifik apabila diberi amanat untuk mengambil sepakan dari jarak dekat, terutamanya pada pentas bolasepak Eropah. Terma yang lebih mudah adalah: “jika ada penalti, mesti dia skor punya!”

Pelik tapi benar, percubaan terbaru yang dilakukan oleh Fernandes diselamatkan oleh penjaga gawang The Toons, Karl Darlow pada aksi awal pagi tadi. Kemudian, muncullah penganalisa yang mengorek informasi lama berkaitan kegagalan Bruno untuk mencetak gol penalti.

Persoalannya sekarang, apakah rekod penaltinya dan bilakah kali terakhir beliau gagal berbuat sedemikian?

BERAPA BANYAK PENALTI YANG BERJAYA FERNANDES JARINGKAN?

Menurut statistik yang diperoleh, Fernandes telahpun mengambil sebanyak 33 penalti sepanjang karier profesionalnya.

Pemain tengah itu telah menjaringkan 30 daripadanya, meletakkan beliau pada kadar 91 peratus secara keseluruhannya.

Kesemua 15 “mangsa” ini gagal menghalang bola daripada dimasuki jaring hasil daripada sepakan penalti yang mengelirukan oleh Fernandes

BERAPA SEPAKAN PENALTI YANG GAGAL DIJARINGKAN FERNANDES?

Fernandes hanya terlepas 3 daripada 30 tendangan yang telah dilakukannya. Bukan calang-calang orang yang mampu membuat sebegitu.

Lebih tepatnya, Gabriel iaitu seorang penjaga gawang yang pernah mewakili Napoli di Serie A adalah pemain yang terakhir pernah menangkap kemas sepakan padu Fernandes menerusi penalti pada 2015/2016.

Sebelum ini, rekod bersihnya bersama United dengan menjaringkan 10 daripada 10 sepakan sebelum gagal memanfaatkan kelebihan itu pada aksi di St. James’ Park, Newcastle.

3 insan yang mampu menghidarkan gawangnya dirobek dek sepakan penalti oleh Fernandes
Fantasy Premier League on Twitter: "Karl Darlow now has the most #FPL  points of all goalkeepers this season #NEWMUN… "
Momen yang mungkin akan diceritakan Darlow kepada anak cucunya kerana dengan tenang menyelamatkan situasi berbahaya itu.

PAPAN IKLAN

Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:

–> https://fgsstore.weebly.com/xflix.html <–

Picture
Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply