by klasikko in
Premier League

Bermain untuk pasukan Premier League elit dan memenangi gelaran demi gelaran, tahun demi tahu serta tiada apa yang lebih baik daripada itu untuk seorang pemain bola sepak.

Di Manchester City, jangkaan satu gelaran yang akan dibawa pulang iaitu angka paling minimum.

Mereka telah membuktikannya setiap tahun sejak 2017, dengan sembilan penghormatan utama hadir ke Stadium Etihad.

Tetapi bagi Bernardo Silva iaitu salah seorang pemain mereka yang menyerlah musim lalu, mungkin ada perasaan bahawa terlalu banyak kejayaan akan melahirkan terlalu banyak jangkaan.

Ia menyebabkan City tidak dikreditkan sebagai cemerlang yang terus mereka tunjukkan sepanjang musim.

Bintang Portugal itu menabur bakti di utara England setakat ini selepas musim terbaiknya sepanjang kempen terakhir.

Pemain tengah bertubuh kecil itu percaya pemain City tidak cukup dipuji walaupun mendominasi kejuaraan domestik hampir sepanjang 10 tahun yang lalu.

“Dari peminat Man City, sudah tentu (kejayaan). Saya merasakan banyak sokongan.

“Mereka memberikan penghargaan untuk apa yang saya lakukan,” kata Silva kepada ESPN selepas ditanya sama City perlu mendapat kredit yang sepatutnya.

“Daripada luar, ia sukar. Saya tidak merungut di sini, tetapi saya rasa seperti kelab lain mendapat lebih banyak kredit daripada Man City kerana jarang melakukan seperti kami.

“Sebagai contoh, semasa saya di Benfica iaitu sebuah kelab besar di Portugal dengan lebih ramai peminat, lebih banyak segala-galanya.

“Kamu melakukan sesuatu yang bagus dan mereka menjadikannya kelihatan seperti ia hebat.

“Di Man City, kamu melakukan sesuatu yang hebat dan mereka menjadikannya seperti biasa.

“Sekali lagi, saya tidak merungut, tetapi bermain di EPL dan memenangi empat kejuaraan dalam tempoh lima tahun.

“Jika dibandingkan dengan pasukan lain untuk setiap tahun dan mengetahui bahawa kami bukanlah pasukan yang mempunyai pemain terbanyak.

“Kami tidak mempunyai pengurus terbaik, kami tidak mempunyai pemain terbaik, tetapi kami masih memenangi empat EPL dalam tempoh lima tahun?

“Ia langsuing tidak masuk akal. Ia mungkin menunjukkan bahawa pemain Man City tidak mendapat kredit sebanyak yang sepatutnya.

“Bagi saya, ia tidak penting secara jujur. Saya gembira dengan gelaran yang kami miliki dan kenangan dalam lima tahun lepas, kami menang empat kali.

“Sudah tentu, kami tidak mendapat kredit yang sepatutnya.”

Share Post:

Related Posts