by admin in
Lain Lain

Satu perkara yang biasa buat seorang bintang terkemuka di dunia untuk bersilih ganti model kereta. Jika mereka sudah mula berasa jemu dengan versi yang lama, dengan sekelip mata muncullah versi yang baru.

Namun, ada juga segelintir pemain yang hanya menghiasi koleksi kereta mereka dengan ala kadar sahaja.

Lionel Messi, Pierre-Emerick Aubameyang, Gareth Bale dan beberapa lagi nama terkenal yang lain dipercayai memiliki kenderaan bermotor yang agak mewah sekali.

Jadi, berapa banyak wang yang sudah mereka laburkan secara bulanan dan berapakah jumlah wang muka yang telah diletakkan mereka semata-mata mahu bergaya dengan kenderaan 4 roda mereka?

PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG (ARSENAL)

Penyerang Arsenal yang kita kenali dengan sikapnya terlalu obses kepada kereta-kereta yang hebat belaka.

Aubameyang dilihat memandu kereta jenama Ferrari yang berharga hampir £2 juta (RM10.9 juta) dan beberapa Lamborghini yang dibalut dengan warna terang-benderang.

Satu lagi jenteranya, Audi R8 yang dikatakan mencecah harga £160,000 (RM870,935).

Audi R8 V10 Plus 2015 - 6 August 2016 - Autogespot

Untuk pembayaran pendahuluan, anda dijangkakan akan menghabiskan £11,118 (RM60,532) dan bayaran bulanan sebanyak £1,853 (RM10,088) jika mahu menandinginya.

Bintang dari Gabon tersebut telah memuatnaik satu foto di laman Instagram dengan bergambar bersama 5 buah kenderaan mewahnya yang dibaluti dengan warna emas, perak dan warna seolah-olah pelangi.

LIONEL MESSI (BARCELONA)

Barcelona vs Real Betis, La Liga: Final Score 5-2, Messi changes game in  second half as Barça win big - Barca Blaugranes

Ayam tambatan dari Argentina itu memiliki ‘longokkan’ kereta yang diidamkan oleh semua orang.

Salah satu daripada pengangkutan mewahnya adalah Lexus RX450, di samping beberapa lagi sportcar yang bernilai hingga jutaan ringgit.

Lionel Messi's car collection: Introducing the Argentina World Cup star's  fleet of motors worth a staggering £2.7million, including a £1.5m Pagani  Zonda and £15k Mini Cooper

Kos bagi kenderaan berjenama Lexus boleh menelan sehingga £58,484 (RM318,581) dengan menyediakan £3,552 (RM19,348) sebagai ‘duit muka’.

Untuk pembayaran bulanan, Messi terpaksa berbelanja £592 (RM3,223).

HARRY KANE (TOTTENHAM HOTSPUR)

West Brom 0-1 Tottenham: Harry Kane scores 150th Premier League goal late  on to send Spurs top | Evening Standard

Penyerang berbisa Spurs itu menyokong penuh produk tanah airnya.

Minatnya terhadap kereta keluaran British, Jaguar amat mendalam. Untuk menjadikan bilik pameran kereta di kediamannya kelihatan menarik, beliau membeli sebuah F-Pace yang bernilai £44,431 (RM241,898).

Tidak menjadi satu masalah buat pemain yang menerima gaji tertinggi di Tottenham untuk membayar £3,245 (RM17,687) sebagai wang permulaan. Untuk bayaran bulanan pula, hanya mengambil £540.99 (RM2,954) sahaja.

NGOLO KANTÉ (CHELSEA)

Latest Chelsea transfer rumours: Blues face battle to retain N'Golo Kante,  Ahmedhodzic blow - football.london

Mungkin beliau adalah pemain yang bersifat zuhud.

Sewaktu Kanté masih berada di Leicester, beliau hanya memandu Mini Cooper Hatch kehulur-kehilir dari rumahnya untuk ke tempat latihan The Foxes.

Chelsea star N'Golo Kante drives same Mini Cooper which he crashed to  training with gaffer tape on wing mirror

Baru-baru ini, pemain kebangsaan Perancis berkenaan telah memandu sebuah Mercedes, namun Mini Cooper kecilnya itu tetap menjadi kebanggaan dan keselesaannya.

Wang muka untuk sebuah Mini Cooper hanyalah £1,536 (RM8,371) atau erti lainnya £256 (RM1,395) sebulan. Murah betul!

JESSE LINGARD (MANCHESTER UNITED)

Man United's Jesse Lingard parts company with agent Mino Raiola - sources

Pemain yang semakin dilupakan Red Devils tersebut telah menjalani kehidupan yang senang. Ketika MTV Cribs melawat rumah agamnya, siapa sahaja yang mahu menolak tawaran untuk menetap di kediamannya itu.

Beliau juga dilihat mempunyai sebuah kenderaan SUV iaitu Range Rover Sport SVR berharga £107,988 (RM588,598).

Dengan wang pendahuluan £5,772 (RM31,464) dan secara bulanan ialah £962 (RM5,244).

Manchester United midfielder Jesse Lingard has spent £600,000 on four  custom cars that all boast trademark touches

GARETH BALE (TOTTENHAM HOTSPUR)

Tottenham Hotspur receive huge injury boost ahead of crunch Manchester City  clash - football.london

Pemain sayap Wales itu sudahpun pulang ke Spurs dan bersedia untuk menunjuk-nunjuk koleksi keretanya yang luar biasa kepada rakan sepasukan yang lain.

Sebelum meninggalkan Real Madrid, Bale membelanjakan dirinya sendiri sebuah Audi Q7 SUV yang bernilai £61,000 (RM332,792).

Pemain dan jurulatih Real Madrid terima kereta Audi percuma • Motoqar

Kenderaan yang mesra buat individu yang berkeluarga itu berharga £520 (RM2,836) atau £3,468 (RM18,927) sebagai wang pendahuluan.

Sudah tentu ruang yang begitu besar itu diambil kesempatan oleh Bale untuk mengisi dengan beg golfnya!

JORDAN HENDERSON (LIVERPOOL)

Jordan Henderson is the perfect Liverpool captain, and lives up to Steven  Gerrard's legacy - Liverpool.com

Kepala kepada skuad The Reds berkenaan sangat meminati kereta keluaran dari Jerman, Mercedes Benz.

Henderson memacu kenderaan jenis AMG GT, sebuah motokar yang cocok dengan personalitinya itu.

2021 Mercedes AMG GT Arrives With More Power And New Standard Tech | CarBuzz

Ia adalah sebuah kenderaan yang agak mahal iaitu mencecah £124,346 (RM678,015).

Dengan meletakkan £13,452 (RM73,299) sebagai wang pendahuluan, Hendo hanya membayar £2,257 (RM12,294) secara ansuran bulanan.

TYRONE MINGS (ASTON VILLA)

Fantasy Premier League on Twitter: "SCOUT: Tyrone Mings' two away starts  this season have seen him rack up two clean sheets, a goal and two bonus  points #FPL #ARSAVL… https://t.co/XH9gOIbk7N"

Seorang lagi pemain yang bangga dan tidak berasa malu untuk memandu kereta keluaran tempatan yang biasa-biasa saja.

Bayangkan seorang jejaka berketinggian 6 kaki 5 inci (1.96 meter) memuatkan diri ke dalam Vauxhall Corsa atau di Malaysia seumpama sebuah Perodua Myvi.

2019 Vauxhall Corsa: prices, engines, details, electric range and release  date

Sebelum ini, Mings mendedahkan yang beliau menaiktaraf daripada kereta berjenama Citroen Saxo kepada Corsa ketika berada di kelab lamanya, Ipswich Town.

Sebuah kereta Corsa serba baharu bernilai £18,499 (RM100,824). Lebih tepatnya £920 (RM5,014) untuk wang muka dan hanya semurah £155 (RM844) untuk setiap 30 hari.

Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply