by klasikko in
Premier League

William Saliba akhirnya membuat debut kompetitifnya untuk Arsenal menentang Crystal Palace pada malam Jumaat.

Malah lebih mengejutkan bahawa pemain muda Perancis itu telah ditandatangani tidak kurang daripada tiga tahun lalu yang telah memakan masa dengan sistem pinjaman ke kelab lain.

Bagaimanapun, setelah menghabiskan tiga musim di Saint-Étienne, Nice dan Marseille, akhirnya tiba masanya untuk Mikel Arteta melaburkan kepercayaan kepada salah seorang bek tengah muda paling menarik di Eropah.

Saliba membuktikan kebolehannya di Selhurst Park dengan dinobatkan sebagai Pemain Muda Ligue 1 Tahun lalu serta persembahan yang sensasi dalam aksi pra-musim.

Pemain berusia 21 tahun itu mendapat pujian meluas daripada Gooners di media sosial.

Saliba memperkukuhkan benteng yang terdiri daripada Oleksandr Zinchenko, Ben White dan Gabriel Magalhães.

Arsenal mendominasi perlawanan pembukaan menentang Eagles dengan Gabriel Martinelli terlepas peluang awal sebelum menebus kesilapannya dengan memecahkan kebuntuan melalui tandukan jarak dekat.

Sejak dari itu, terdapat beberapa lagi kelemahan pertahanan tetapi mujur Aaron Ramsdale hadir untuk melakukan beberapa penyelamatan penting, sambil Saliba kekal berwaspada sepanjang masa.

Malah ada juga babak yang meresahkan seluruh peminat Arsenal dengan serangan merbahaya daripada Palace.

Wilfried Zaha merupakan prospek yang cukup menggerunkan memandangkan gerakan kaki pantasnya lebih-lebih lagi di dalam kawasan kotak penalti.

Bagaimanapun, Saliba berjaya mencatas segala pergarakannya dengan terjahan cukup bersih di dalam kotak yang tidak menyebabkan sebarang faul ataupun penalti diberikan.

Ramai yang mengagumi keberanian Saliba untuk melakukan bentesan yang mungkin akan diberi hukuman untuk Arsenal semata-mata mahu merantai gerakan salah seorang pemain yang mahir menggelecek bola.

Sejujurnya, ia menggambarkan persembahan Saliba yang serba boleh kerana dia disebut-sebut sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Arsenal dan juga melengkapkan tugas dengan catatan clean sheet.

Gunners melengkapkan 3 mata pada minit kecederaan apabila Marc Guehi menyumbat hantaran lintang Bukayo Saka melepasi penjaga golnya sendiri.

Saliba menamatkan permainan dengan sifar kesalahan yang dilakukan, enam pelepasan, tujuh pemulihan bola, 94% ketepatan hantaran dan memenangi 67% perebutan udara.

Share Post:

Related Posts