by klasikko in
Piala Dunia

Bintang England dan Arsenal, Ben White telah meninggalkan kem Piala Dunia Three Lions lebih awal atas sebab peribadi dan tidak dijangka kembali ke Qatar sehinggalah kejohanan berakhir.

White tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan England setakat ini, dengan bintang Arsenal itu menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dalam dua perlawanan pertama Kumpulan B.

Dia juga turut terlepas kemenangan 3-0 hari ke atas Wales kerana sakit.

Piala Dunia ini adalah yang pertama buat pemain berusia 25 tahun itu dan dipilih oleh Gareth Southgate setelah permulaan yang mengagumkan pada musim ini bersama Gunners.

Walaupun bek tengah itu tidak akan diturunkan sepanjang kejohanan yang lain, mungkin dia akan menjadikan itu sebagai pengalaman untuk masa hadapan.

Persatuan Bola Sepak England mengeluarkan satu kenyataan : “Ben White telah meninggalkan pangkalan latihan England di Al Wakrah dan pulang ke rumah atas sebab peribadi.

“Pertahanan Arsenal itu dijangka tidak akan kembali ke skuad untuk baki kejohanan.

“Kami memohon agar semua menghormati privasi pemain pada masa ini.”

Sebab-sebab pemergian awal White tidak dapat dijelaskan dan dijangka akan kembali beraksi apabila Arsenal menentang West Ham pada Hari Tinju nanti.

Share Post:

Related Posts