
Bekas penyerang Liverpool, Stan Collymore percaya tempoh sukar Marcus Rashford di Manchester United akan berakhir.
Pemain antarabangsa England itu mengharungi musim yang teruk.
Beliau hanya mampu menjaringkan hanya lima gol dalam 32 penampilan untuk semua pertandingan sepanjang musim.
Nampaknya boleh dirumuskan bahawa pemain berusia 24 tahun itu jauh daripada prestasi yang kita saksikan seperti enam tahun lalu.
Selepas jarang diberi kepercayaan oleh bos sementara Ralf Rangnick, ramai peminat dan pakar bola sepak telah membuat spekulasi apa yang mungkin berlaku kepada Rashford nanti.
Seseorang yang merasakan beliau harus mengorak langkah pada musim panas ini adalah Collymore.
Bekas pemain Liverpool itu berkata: “Sukar untuk menjelaskan setelah menonton Rashford bermain beribu kali.
“Apa yang dia lakukan dengan baik, apa yang dia lakukan dengan buruk dan apa peranannya dalam pasukan.
“Itu adalah satu dakwaan terkutuk terhadap Kelab Bola Sepak Manchester United, jadi berhijrahlah Marcus.
“Dua atau tiga [kelab Rashford perlu sertai], adalah Spurs, West Ham.
“Wolves, tanpa ragu-ragu dan Aston Villa.
“Saya rasa itu adalah empat kelab yang dia boleh tambah dalam senarainya.
“Carilah rumah baru, semua kelab besar dan jadi seorang wira di sana.”