by klasikko in
Premier League

Sadio Mane sah akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini yang menjadi permulaan era baharu untuk The Reds.

Pemain kebangsaan Senegal itu sangat berpengaruh di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Beliau menjadi bukti salah seorang pemain terpenting untuk kelab itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuklah Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.

Bekas pemain tengah Manchester United, Luke Chadwick melihat impak Mane di Anfield sebelum di kala kemungkinan perpindahannya ke Bayern Munich nanti.

“Dia benar-benar luar biasa untuk Liverpool dan cemerlang di Premier League,” kata Chadwick.

“Rasanya seperti sedikit perubahan oleh Jurgen Klopp yang menurunkan tiga barisan depan Firmino, Mane dan Salah.

“Ia akan menjadi satu kerugian besar untuk Liverpool, tetapi nampaknya mereka mungkin telah merancang untuk itu dengan pembelian Luis Diaz.

“Mane diberi peluang untuk meneruskan kariernya dan nampaknya itulah yang dia akan lakukan sekarang.

“Dia akan menjadi pemain yang hebat untuk mana-mana kelab yang mendapatkannya, kemungkinan besar adalah Bayern Munich.

“Tetapi ramai yang merasakan Liverpool bersedia untuk berkembang lebih maju.

“Saya fikir Diaz akan menjadi pemain yang cemerlang, walaupun ia akan mengambil sedikit masa untuk dia mencapai tahap yang sama dengan Mane.

“Saya merasakan Salah akan kekal dan menandatangani kontrak baharu, kemudian ada juga Diogo Jota dan mungkin Darwin Nunez akan masuk.

“Walaupun Mane agak merencatkan sedikit skuad mereka, tetapi The Reds sudah bersedia.”

Chadwick juga mengimbas kembali sewatu Mane sedang dikehendaki oleh Man Utd semasa zaman Louis van Gaal di kelab itu.

Beliau merasakan Mane tidak akan mempunyai kerjaya yang baik jika berpindah ke Old Trafford kerana cara Klopp lebih sesuai membentuknya.

“Saya fikir apabila Mane di Southampton, dia adalah pemain Premier League yang bagus, tetapi statistiknya tidak sama seperti semasa mereka di Liverpool.

“Klopp mendapat banyak manfaat daripadanya dan banyak meningkatkannya,” puji Chadwick.

“Kita tidak tahu sama ada United akan dapat melakukan perkara yang sama, memandangkan mereka gagal membentuk pemain mereka baru-baru ini, selain Bruno Fernandes mungkin.

“Mane berpindah ke Liverpool pada masa yang tepat dan mereka mengubahnya daripada pemain yang bagus kepada pemain bertaraf dunia.

Saya tidak rasa United akan mendapat manfaat daripadanya seperti yang dilakukan oleh Liverpool.”

Share Post:

Related Posts