
Mantan pemain Barcelona dan Chelsea, Oriol Romeu melakukan bentesan penting untuk menghalang Leeds United membuka tirai jaringan perlawanan.
Beliau menonjolkan aksi cemerlangnya bersama Chelsea di bawah Andre Villas-Boas, namun perebutan posisi tengah The Blues telah memaksanya untuk kerap memanaskan bangku simpanan.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/15970447/152769403.0.jpg)
Tidak tahan dilayan sebegitu, beliau meninggalkan Stamford Bridge pada 2015.
Southampton adalah tempat di mana bakatnya diasah dan membina kariernya di Premier League.
Hari ini, pemain berusia 29 tahun itu menjadi salah seorang pemain defensif tengah paling berkaliber di liga gergasi dunia itu.
Kemampuannya untuk mempertahankan kubu The Saints daripada dirobek Raphinha pada minit ke-38′ telah mendapat pujian melambung oleh peminat.
Larian dan penat lelah yang dipamerkan pemain Brazil itu hanyalah sia-sia.
Seperti dijangkakan, Raphina mungkin akan memperoleh jaringan lebih awal, namun aksi berani dari Romeu telah membuktikan keupayaannya dari segi bertahan.
Dukacitanya, bentesan heroiknya itu tidak mampu mengekang kehandalan anak buah Marcelo Bielsa.
Soton sekali lagi ditewaskan buat kali ke-7 dalam 8 perlawanan terakhir di liga.
PAPAN IKLAN
😭Masalah LEMAH Syahwat?😭
😥TAK CUKUP PANJANG?😥
😫Pasangan TAK PUAS?😫
⚕️Amalkan MAXUP capsule sekarang!! ⚕️
☎️ Jika berminat, sila hubungi: 🤙
💬Whatsapp💬
🛒Shopee🛒


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.