by klasikko in
Bundesliga

Bekas pertahanan Arsenal, Konstantinos Mavropanos ingin melupakan peristiwa memalukan apabila menyumbat gol sendiri sejauh 48 meter.

Jaringan itu meletakkan VfB Stuttgart di tempat yang sukar dalam pertembungan Piala Jerman menentang kelab divisyen dua, Paderborn.

Mavropanos mengaibkan penjaga golnya sendiri, Florian Mueller dengan hantaran tanpa melihat selepas lontaran dalam hanya dalam masa empat minit permainan.

Dengan pasukannya ketinggalan satu gol sejurus selepas wisel pembukaan, mujur Stuttgart bangkit untuk meraih kemenangan lewat 2-1.

Ia juga membawa kelab Bundesliga Stuttgart itu ke suku akhir Piala Jerman.

Persekutuan Bola Sepak Jerman menulis tweet gol itu adalah jarak paling jauh untuk gol sendiri dalam sejarah pertandingan.

“Ia adalah permulaan yang tidak dapat dilupakan dengan gol sendiri. Konstantinos akan menceritkan pada cucunya mengenai peristiwa memalukan itu,” kata pengarah sukan Stuttgart, Fabian Wohlgemuth kepada Sky TV.

Gil Dias iaitu rekrut baru mereka melencongkan gol penyamaan pada minit ke-86 dan Serhou Guirassy menanduk masuk gol kemenangan Stuttgart lima minit sebelum masa kecederaan.

Ia adalah kemenangan pertama untuk jurulatih baharu Stuttgart, Bruno Labbadia dalam perlawanan keempatnya sebagai pengurus.

Share Post:

Related Posts