
Pemain yang ditandatangani Liverpool pada Deadline Day, Ozan Kabak telah digantung 4 perlawanan kerana meludah pemain lawan pada awal musim ini.
Setelah dilanda krisis kecederaan pada bahagian defensif, juara bertahan Premier League itu begitu terdesak untuk mencari pertahanan tengah pada hari terakhir jendela perpindahan bagi musim sejuk.
Selain merekrut bek Preston North End iaitu Ben Davies, mereka juga sempat menyelesaikan pinjaman pemain kebangsaan Turki, Kabak dari Schalke 04.
Peminat The Reds berharap agar kehadiran beliau dapat menambahkan kekebalan pertahanan, dengan ketiadaan Virgil van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez ekoran kecederaan serius.
Namun, terdapat detik hitam yang harus mereka lupakan di mana pemuda berusia 20 tahun terbabit pernah diusir keluar dari padang kerana masalah disiplin.
Sewaktu kekalahan Schalke kepada Werder Bremen, Kabak melakukan faul ke atas Ludwig Augustinsson dan membiarkannya terbaring di atas tanah sebelum meludahnya.
Pada mulanya, beliau menerima kad kuning kedua namun setelah dinilai oleh Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) hukumannya dipertingkatkan kepada penggantungan 4 perlawanan berserta denda sebanyak âŹ15,000 (RM73,311).
Terdapat rakaman dan bukti menunjukkan Kabak meludah ke arah pemain Sweden tersebut, kemudiannya beliau melakukan permohonan maaf secara terbuka walaupun tidak mengakui perbuatan sedemikian.
PAPAN IKLAN
Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:
https://fgsstore.weebly.com/xflix.html


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.