
Semua pertuduhan Mason Greenwood dalam kes cubaan rogolnya digugurkan minggu ini dan kakitangan Manchester United kini berpecah kerana kepulangan pemain berusia 21 tahun itu.
Pada hari Khamis, Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota berkata “tiada lagi prospek pensabitan yang realistik” selepas saksi utama menarik kerjasama mereka daripada siasatan.
Greenwood telah didakwa dengan cubaan merogol, mengongkong, memaksa dan menyerang kekasihnya sehingga menyebabkan kecederaan pada anggota badan.
Namun pertuduhan itu dikatakan palsu dan tidak benar sama sekali.
Greenwood mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga 2025 dan menurut Guardian, Man United telah mempercepatkan mengenai kepulangan pemain itu dan ia boleh berlaku dalam masa terdekat.
Laporan itu menyatakan bahawa sebahagian besar kakitangan Man United berasa sangat tidak berpuas hati jika Greenwood bermain untuk kelab itu semula.
Manakala yang lain merasakan ia adalah satu kewajipan untuk mengambil berat terhadap pemain yang menyertai kelab seawal usia tujuh tahun dan tidak didapati bersalah atas sebarang jenayah.
Bagaimanapun kesahihan mengenai situasi itu tidak diketahui, tetapi keadaan terkini telah menyaksikan kelab itu terhimpit dengan dilema.
Kepulangan Greenwood akan menjadi bencana buat United dan beberapa penaja bakal meninggalkan gergasi Premier League itu.
Realitinya, Red Devils secara sah boleh membenarkan pemain berusia 21 tahun itu kembali menyarung but di atas padang.