by klasikko in
Premier League

Seperti dilaporkan, beberapa pemain Manchester United terkejut apabila Paul Pogba diberi layanan istimewa oleh bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan Perancis itu akan menamatkan kontraknya di Old Trafford pada musim panas ini.

Namun, ramai membayangkan hampir semua rakan sepasukannya tidak akan merinduinya, sama seperti kebanyakan peminat kelab itu.

Menurut Times, terdapat beberapa pemain yang terkejut bahawa Pogba terlepas dengan komen dalam temu bual tentang keterbukaannya untuk menyahut cabaran baru luar dari United.

Bukan sahaja pemain-pemain ini merasakan Pogba wajar berdepan hukuman atas komennya, tetapi mereka nampaknya juga terkejut kerana kelab itu tidak menjualnya

Laporan itu juga menambah bahawa beberapa pemain United berasa terkilan kerana terpaksa menderita memerah keringat untuk kelab.

Walhal, Pogba dibenarkan berehat panjang dan bercuti ke luar negara kerana masalah kecergasan.

Secara keseluruhannya, adalah mudah untuk melihat mengapa pemain berusia 29 tahun itu tidak memberikan sebarang impak yang diingini semasa beliau di Manchester.

Tidak hairanlah mengapa seluruh pasukan tidak mempunyai semangat bekerjasama dengannya selama ini.

Share Post:

Related Posts