by klasikko in
Premier League

Pemain baru Chelsea, Mykhailo Mudryk turun dari bangku simpanan menentang Liverpool untuk membuat penampilan sulung Blues.

Dalam masa 35 minit sahaja pemain Ukraine itu memecahkan rekod Premier League.

Pemain berusia 22 tahun itu menggantikan Lewis Hall selepas 55 minit dan cukup mengagumkan dalam tempoh masa yang singkat.

Dia mempamerkan kepantasannya, menggelecek dan sejauh mana ancaman menyerangnya untuk pasukan Graham Potter.

Menurut statistik Opta, Mudryk memecahkan rekod semasa penampilannya di Anfield, menewaskan rekod kelajuan tertinggi EPL musim ini yang dicipta oleh Anthony Gordon pada November.

Penyerang lincah dari Ukraine itu sekadar beberapa saat mengatasi kepantasan bintang Everton tersebut.

Pemain sayap itu mencapai kelajuan 36.63 km/j ketika menentang Liverpool yang hanya melepasi 36.61 km/j milik Gordon.

Mudryk menandatangani kontrak dengan Chelsea pada jendela musim sejuk dari Shakhtar Donetsk dengan bayaran £88.5 juta selepas merampas perjanjian Arsenal.

Pemain Ukraine itu dijangka bakal mencipta sensasi dan menyertai projek menarik di Chelsea yang telah membawa masuk beberapa pemain muda untuk masa depan.

Pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan kebolehannya dan betapa merbahaya dengan kepantasannya, ramai pertahanan di EPL akan mengetahui segala-galanya tentang pemain sayap yang pantas itu tidak lama lagi.

Share Post:

Related Posts