by klasikko in
Premier League

Pemain tengah Chelsea, Ross Barkley telah dihalau keluar dari Hotel Mayfair oleh pengawal keselamatan kerana dilaporkan meminum alkohol sepanjang hari.

Menurut The Sun yang merakamkan kejadian, beliau menganggu ketenteraman pengunjung lain sebelum berjalan terhuyung-hayang di luar restoran-hotel mewah itu.

Setelah berseronok dalam sesi minum, pemain yang pernah mewakili England tersebut diiringi keluar oleh pengawal keselamatan dan kemudian membawanya ke hentian teksi yang berdekatan.

Diberitakan, punca beliau dihalau dari restoran-hotel yang terletak di tengah kota London itu kerana melontarkan kata-kata kesat dan terlalu berkhayal sehingga tidak sedarkan diri.

Barkley telah menghabiskan musim ini dengan dipinjamkan ke Aston Villa dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Perkara itu mungkin akan berpanjangan, ditambah pula dengan isu kontroversi ini yang menyebabkan masa depannya semakin malap di Villa dan Chelsea.

Share Post:

Related Posts