by klasikko in
Premier League

Gabriel Jesus “adalah pemain Arsenal” menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Gunners menolak pesaing mereka, Chelsea dan Tottenham untuk menandatangani pemain kebangsaan Brazil itu.

Pengumuman rasmi akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, meskipun belum mengetahui tarikh yang tepat.

Peminat Arsenal yakin bahawa perjanjian itu berjaya untuk membawa masuk Jesus dari Manchester City.

Susulan pemergian Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette baru-baru ini, adalah penting bagi Mikel Arteta untuk memantapkan semula barisan serangannya.

Pembelian Jesus pastinya akan mengurangkan kebimbangan peminat tentang musim baharu.

Membawa nama besar seperti dia adalah beberapa langkah yang terbaik oleh gergasi London utara tesebut.

Romano memberikan pandangannya tentang bagaimana mereka berjaya memujuk pemain itu walaupun tanpa tarikan bola sepak Liga Juara-Juara.

“Gabriel Jesus adalah pemain Arsenal, 101%” kata Romano.

“Saya tidak tahu bilakah pengumuman rasmi akan dibuat kerana perkara ini terpulang kepada kelab, tetapi semua dokumen telah ditandatangani.

“Chelsea dan Tottenham benar-benar berminat untuk mendapatkan Gabriel, mereka mempunyai kenalan rapat dengan ejennya tetapi dia bukanlah sasaran utama.

“Sebaliknya, Arsenal mahukan dia sebagai bintang pembikinan dan ia adalah satu perbezaan dengan kelab lain.

“Hubungan dengan pengarah Brazil, Edu Gaspar dan Mikel Arteta menjadikan perpindahan itu bakal menjadi nyata.

“Sudah tentu gagal menyertai UCL adalah satu isu, tetapi Arsenal mempunyai projek masa depan yang jelas.

“Oleh itu, mereka meyakinkan Gabriel Jesus dengan cukup pantas.”

Gooners akan teruja dengan berita ini dan sudah tidak sabar untuk melihat Jesus disahkan secara rasmi oleh kelab mereka.

Tetapi persoalannya, adakah dia akan memberi kesan yang diingini dan membawa pasukan mereka ke tempat empat teratas?

Ia adalah cabaran yang sangat berbeza untuk Jesus selepas lima setengah musim di Man City.

Penyerang berusia 25 tahun itu akan mempunyai pasukan yang dibina di sekelilingnya dan bukan lagi menjadi pemain di dalam skuad penuh bintang.

Sebenarnya, perpindahan ke Chelsea mungkin merupakan peralihan yang lebih mudah baginya.

Manakala di Spurs pun, dia tidak mempunyai jangkaan yang tinggi terhadapnya kerana bermain di hadapan bersama Harry Kane dan Son Heung-min.

Mungkin kehadirannya seorang diri tidak mencukupi terutamanya selepas penampilan Nicolas Pepe yang mengecewakan sejak kebelakangan ini, manakala Emile Smith Rowe juga agak kurang menyengat.

Arsenal mungkin masih memerlukan seorang lagi pemain berbisa di bahagian serangan, jadi peminat Gunners sedang menantikan kemaskini terbaru dari Romano.

Share Post:

Related Posts