
Mikel Arteta tidak dapat mengesahkan sama ada Pierre-Emerick Aubameyang akan bersedia untuk pertembungan Arsenal dengan Manchester United pada hari Sabtu atau tidak, walaupun bos Gunners mengatakan ‘perkara kelihatan lebih baik’ untuk kaptennya.
Aubameyang terlepas dua perlawanan terakhir Arsenal kerana ibunya menghidap masalah kesihatan, yang harus pemain itu menjaga orang tuanya itu.

Kapten The Gunners menulis dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa, “dia sudah jauh lebih baik sekarang dan saya akan pulang malam ini,” menunjukkan beliau kemungkinan akan bermain pada hujung minggu menentang Red Devils.
Arteta walaubagaimanapun tidak dapat memastikan bahawa dia akan memiliki bintang antarabangsa Gabon itu atau tidak untuk perlawanan hujung minggu ini.
“Saya tidak tahu, saya bercakap dengannya semalam perkara kelihatan lebih baik buat masa ini tetapi kita harus menunggu dan melihat,” kata pengurus kelahiran Sepanyol itu.

“Beliau kapten kami dan salah satu pemain terpenting, kami melakukan segala yang kami mampu untuk mendapatkannya kembali secepat mungkin tetapi memahami bahawa dia telah melalui beberapa hari yang sukar, beliau harus menyara keluarganya.
“Kami di sini untuk menyokongnya dengan masa yang dia perlukan untuk menyelesaikannya.”
Arteta ditanya apakah Aubameyang telah melakukan perjalanan masuk dan keluar dari UK dan apakah ada masalah kuarantin tentang pergerakan Aubameyang itu.
“Beliau harus menyara keluarganya dan bersama mereka. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku (dengan kuarantin),”katanya.
Bos Arsenal gembira dengan bagaimana pemainnya yang lain telah bereaksi terhadap ketiadaan Aubameyang, dengan Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe sama-sama meraikan gol menentang Southampton pada hari Selasa dengan dedikasi untuk kapten mereka itu.