
Mikel Arteta telah memberikan maklumat terkini mengenai pertahanan Arsenal, Pablo Mari selepas ditikam di sebuah pasar raya pada petang semalam (waktu tempatan).
Mari yang kini dipinjamkan ke Monza dari Arsenal, malangnya ditikam ketika berada di pusat membeli-belah di Itali, seperti yang dilaporkan oleh Fabrizio Romano.
Calcio Mercato turut melaporkan kejadian itu dan mengesahkan bahawa Mari telah sedarkan diri di hospital.
Laporan itu mendakwa seorang lelaki berusia 46 tahun mencuri sebilah pisau dari sebuah pasar raya sebelum menikam beberapa orang secara rawak di pusat beli-belah itu.
Tiga daripada mereka diberitakan dalam keadaan kritikal.
Kini, pengurus Arsenal Arteta telah bercakap mengenai insiden itu selepas kekalahan mereka di Belanda menentang PSV.
“Saya baru tahu. Saya tahu Edu telah berhubung dengan saudara maranya.
“Dia berada di hospital tetapi dia kelihatan baik-baik saja,” kata Arteta.
Syukur, Arteta telah mengesahkan bahawa Mari dalam keadaan stabil dan diharapkan dia akan terus bertambah baik serta pulih sepenuhnya.