
Arsenal dilaporkan sedang meninjau potensi perpindahan Mykhaylo Mudryk, Youri Tielemans dan Danilo.
Mereka mungkin tidak tergesa-gesa untuk menandatangani penyerang baharu.
Gunners sedang dilanda krisis kecil ketika ini selepas Jesus disahkan berehat selama beberapa bulan kerana kecederaan yang dialami bersama Brazil pada Piala Dunia.
Ramai peminat mahukan kelab itu bertindak untuk mendapatkan pemain baru pada musim sejuk ini.
Bagaimanapun, laporan daripada Goal menunjukkan bahawa itu bukanlah cara sebenar Arsenal.
Sebelum ini, gergasi utara London itu mengabaikan pembelian panik apabila mereka kehilangan Pierre-Emerick Aubameyang pada Januari lalu.
Arsenal sebaliknya menunggu sehingga musim panas untuk menandatangani Jesus dari Manchester City dan mungkin mereka akan menggunakan pendekatan yang sama.
Mereka tetap berpegang kepada pemain seperti Mudryk, Tielemans dan Danilo yang juga sebahagian daripada rancangan jangka panjang.
Arsenal mampu membawa masuk Mudryk kerana dia boleh memberikan ancaman gol seera memberi nafas baru kepada serangan Mikel Arteta, walaupun dia bukan penyerang luar biasa.
Pemain Ukraine itu kelihatan sangat mengagumkan musim ini dan mungkin kedatangannya akan membebaskan Gabriel Martinelli kepada peranan utama sehingga Jesus kembali cergas.