
Arsenal mahu mengambil kesempatan daripada persembahan positif Folarin Balogun di Reims musim panas ini kerana Gunners mahu menjual penyerang itu dengan bayaran yang berpatutan.
Menurut Todofichajes yang melaporkan bahawa Arsenal terbuka untuk menjual pemain berusia 21 tahun itu semasa jendela perpindahan akan datang.
Terdapat beberapa kelab memantau pemain muda itu termasuklah kelab yang diwakilinya sekarang, Stade de Reims.
AC Milan adalah satu lagi kelab yang baru-baru ini menunjukkan minat terhadap Balogun menurut laporan dari Gazzetta dello Sport.
Saingan bandar Milan, Inter Milan juga memantau keadaan mengikut sumber yang sama sehingga boleh menelan belanja pihak yang berminat dalam lingkungan antara €20m-€25 juta.
Balogun menikmati kempen yang sangat mengagumkan secara pinjaman dengan pasukan Ligue 1, Reims.
Dia menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan setakat ini.
Pemain nombor sembilan utama Mikel Arteta di Arsenal ialah Gabriel Jesus yang kini disokong oleh Leandro Trossard dan Eddie Nketiah.
Perkara tersebut pasti menyukarkan pemain berusia 21 tahun itu untuk menembus ke dalam pasukan utama Arsenal.
Pemain pinjaman Gunners itu berhak mendapat peluang tatkala prestasinya musim ini.
Bagaimanapun, Arteta boleh menggunakan wang daripada yuran perpindahannya bagi menguatkan skuadnya dengan bintang pasukan utama yang lain.