by klasikko in
Premier League

Perpindahan Antony semakin hampir untuk Manchester United dan menarik untuk melihat apa maknanya untuk masa depan Cristiano Ronaldo di Old Trafford.

Bekas pemain tengah Man Utd, Luke Chadwick mencadangkan bahawa perpindahan ini berkemungkinan besar akan menamatkan karier Ronaldo di kelab itu.

Manakala kedatangan pemain baru yang menarik ini juga terpaksa melepaskan seorang legenda kelab.

Chadwick adalah peminat tegar Antony dan menjangkakan dia akan membuktikan kesesuaian dalam pasukan Erik ten Hag.

Sementara itu, nampaknya dia kini tidak dapat melihat jalan kembali untuk Ronaldo di bawah pengurus baharu itu.

“Dia (Antony) pemain yang sangat menarik, saya rasa peminat akan seronok menonton permainannya.

“Dia mempunyai keupayaan untuk menjaringkan dan mencipta gol,” kata Chadwick.

“Elanga telah melakukan kerja yang baik tetapi wajar mengatakan tahap Antony mungkin adalah lebih tinggi.

“Saya rasa dia boleh masuk dan menambah pilihan. Membawa Antony masuk sekarang dan diharap mereka dapat menyelesaikan perjanjiannya minggu ini.

“Kita boleh lihat Ten Hag akan terus menggunakan 4-2-3-1 yang telah diterapkan dengan baik pada masa lalu dan dia sangat mengenali Antony.

“Saya fikir ia mengubah mood di dalam kelab juga, ia cukup hambar pada permulaan musim tetapi kini kemenangan ke atas Liverpool dan Southampton.

“Pembelian Casemiro dan Antony menjadikan keadaan kelihatan lebih positif untuk kelab.

“Sekiranya Ronaldo pergi, kehadiran Antony pastinya menjernihkan semula keadaan,” tambahnya.

Share Post:

Related Posts