by klasikko in
Piala Dunia

Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger menunjukkan nilai murni yang terpuji menjelang persediaan untuk beraksi di Piala Dunia akan datang.

Menurut Marca, Rudiger akan mendermakan semua pendapatan Piala Dunia untuk membiayai pembedahan 11 kanak-kanak di Sierra Leone, negara asal ibunya.

Pemain berusia 29 tahun itu akan mewakili Jerman pada kejohanan itu selepas meneruskan prestasi terbaiknya di Chelsea untuk cabaran baharunya di Real Madrid.

Dia menyertai juara Eropah itu pada musim panas selepas menghabiskan lima tahun di London.

Pada masa itu, dia menjulang trofi Liga Juara-Juara, serta tiga Piala FA, Liga Europa, Piala Liga, Piala Super dan Piala Dunia Kelab.

Dia sebelum ini disenaraikan dalam skuad Jerman untuk kedua-dua Euro 2020 dan Piala Dunia 2018, selepas terlepas Euro 2016 kerana kecederaan.

Pada 2017, Rudiger memenangi Piala Konfederasi FIFA bersama Die Maanschaft.

Jerman memulakan usaha merebut trofi berprestij dunia menentang Jepun pada 23 November.

Mereka juga akan menentang Sepanyol dan Costa Rica dalam Kumpulan E.

Share Post:

Related Posts