by klasikko in
Lain Lain

Menjadi pengulas bola sepak bukanlah satu tugas yang mudah.

Sebenarnya, ia lebih sukar apabila mengumumkan nama seseorang pemain sehingga berbelit lidah.

Tugas itu menjadi rumit ketika perlawanan sedang berlangsung sambil menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memastikan nama pemain tertentu disebut dengan betul.

Ramai peminat telah mengkritik pengulas seperti Martin Tyler, Peter Drury dan lain-lain oleh kerana tersilap menyebut nama pemain.

Akan tetapi, menurut kajian baru-baru ini, pekerjaan itu adalah salah satu yang paling sukar di dunia.

Kajian itu telah dijalankan oleh individu di Wordtips yang cuba mencari perkataan yang paling banyak tersalah sebutan dalam pelbagai kategori, salah satunya ialah nama pemain bola sepak.

Berikut adalah sepuluh nama pemain yang paling banyak tersilap sebutan dalam bola sepak, sudah tentu Jakub Błaszczykowski adalah salah satu daripadanya.

10. Krzysztof Piątek (cara sebutan: Kshish-tof Pee-yon-tek)

9. Mesut Özil (cara sebutan: May-zut Uh-zl)

8. Jakub Błaszczykowski (cara sebutan: Yak-oob Bla-wa- ko-sk-i)

7. Antoine Griezmann (cara sebutan: On-twon Greez-man)

6. Lionel Messi (cara sebutan: Lee-oh-nell Mess-i)

5. Kevin De Bruyne (cara sebutan: Ke-vin De Brur-ner)

4. Cristiano Ronaldo (cara sebutan: Kri-stee-aa-now Ruh-nal-dow)

3. Wojciech Szczęsny (cara sebutan: Voy-chekh Sh-chen-sni)

2. Kylian Mbappe (cara sebutan: Kee-lee-an M-bap-pay)

1.Sergio Agüero (cara sebutan: Suh-jee-ow A-gweuh-row)

Share Post:

Related Posts