by klasikko in
Premier League

Darwin Nunez tidak menepati sasaran seperti yang dikehendaki Liverpool.

Dengan tiga penyerang terkenal The Reds akhirnya berpeceah pada musim panas ini selepas Sadio Mane berpindah ke Bayern Munich.

Jurgen Klopp beralih kepada Nunez untuk memberikan barisan serangan kelab itu lebih tajam.

Tekanan hebat telah dirasai pemain Uruguay yang menyertai Mohamed Salah, Roberto Firmino, Diogo Jota dan Luis Diaz dengan tanda harga £85 juta.

Dia telah membuktikan pada dunia sewaktu di Benfica musim lalu dengan 34 gol daripada 41 perlawanan.

Tetapi adakah Nunez mempunyai kehebatan untuk berjaya di mana begitu ramai penyerang bergelut sebelum beraksi di Premier League?

Itulah persoalan di bibir semua orang apabila pemain berusia 23 tahun itu mula-mula menyarung jersi merah terang sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim kelab untuk kempen 2022/23.

Memandangkan pembeliannya serentak dengan Erling Haaland ke Manchester City, namanya disebut-disebut oleh peminat The Reds yang teruja.

Namun, kegembiraan itu tiba-tiba hilang seketika apabila klip Nunez terlepas peluang dalam latihan Liverpool dan video ‘sorotan’ dia bergelut dalam beberapa perlawanan pertamanya.

Dia belum lagi menendang bola untuk aksi kompetitif tetapi penyokong dari pesaing lain sudah mengkritiknya.

Pada pertembungan pra-musim terbaru Liverpool dengan RB Leipzig awal pagi tadi, akhirnya Nunez mempamerkan sentuhan magisnya.

Persembahan hambar Nunez menentang Manchester United dan Crystal Palace terus terpadam apabila dia menjaringkan dua gol pada babak kedua.

Salah telahpun membuka jaringan dalam 45 minit pertama hasil hantaran Firmino, pemain baru Liverpool itu memikul tugas penalti selepas Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol.

Bukan dari sudut penalti sahaja, malah Nunez dengan bijak mengawal situasi satu lawan satu dengan keeper.

Penyerang muda Uruguay itu menunjukkan ketenangan yang cemerlang di hadapan gawang untuk mencari sudut rendah.

Ia menjadi lebih cemerlang kerana jaringan hatrik juga terhasil kemudiannya dalam masa 25 minit.

Dia mengatur masa larian dan pergerakannya dalam kawasan penalti dengan sempurna sebelum menyumbat gol dari hantaran lintang Harvey Elliott.

Nunez belum puas lagi sebenarnya kerana dia juga mencetak gol keempat untuk melengkapkan 45 minit yang benar-benar menakjubkan.

Share Post:

Related Posts