by klasikko in
FA Cup

Alisson muncul sebagai salah seorang wira Liverpool apabila The Reds menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala FA.

Penjaga gol Brazil itu menyelamatkan sepakan penalti Mason Mount, sebelum rembatan Kostas Tsimikas memastikan trofi kedua milik Liverpool musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp turut menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Carabao.

Pasukannya kekal berada dalam landasan untuk memperoleh empat gelaran trofi yang bersejarah.

Walaupun Alisson telah dipuji kerana peranan besarnya dalam penentuan sepakan penalti.

Bukan itu sahaja, penjaga gawang itu telah melakukan sumbangan yang lebih besar yang mungkin disedari oleh ramai peminat pada mulanya.

Alisson menyerahkan bola kepada semua pemain Liverpool yang ditugaskan mengambil penalti sekaligus menghalang Edouard Mendy daripada bermain permainan minda.

Penjaga gol sering cuba mendapatkan kelebihan semasa penentuan sepakan penalti dengan menggunakan pelbagai taktik licik.

Seperti contoh pemain Argentina, Emiliano Martinez sewaktu aksi Copa America 2021, beliau cuba menyindir pihak lawannya dan itu adalah perkara biasa.

Februari lalu, Mendy juga cuba menganggu konsentrasi pemain Mesir semasa perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika ketika mewakili Senegal.

Senegal akhirnya menjulang trofi tetapi tindakan Mendy disedari oleh Alisson dan kakitangan kejurulatihan Liverpool.

Jadi, selepas berdepan sepakan penalti, tindakan pertama Alisson ialah merebut bola dan berdiri di dalam kotak untuk mengagihkan kepada rakannya.

Kemudian, apabila setiap pemain Liverpool melangkah ke sudut penalti, mereka disambut oleh Alisson dan bukannya Mendy.

Walaupun perkara itu tidaklah sebesar mana, namun sumbangan sekecil itulah membuatkan mereka memenangi trofi Piala FA.

Share Post:

Related Posts