by Azhan Mohi in
Bundesliga

Lahir di Vienna, Alaba memulakan karier beliau bersama kelab SV Aspern, sebuah kelab di kawasan beliau tinggal sebelum pada usia 10 tahun beliau menyertai akademi FK Austria Wien.

Dari situ bakat beliau dikesan dan pada 2008, Alaba menyertai Bayern Munich sebagai seorang remaja dengan potensi akan menjadi pemain yang hebat pada masa depan.

Alaba bermain untuk skuad belia Bayern Munich sebelum dipromosikan ke skuad Bayern Munich II yang bermain di Bundesliga 3. Di sana, beliau merekodkan gol pertama karier profesional beliau pada 2009.

Pada 2009/10, bermulalah cerita Alaba bersama skuad senior Bayern. Pengurus yang bertanggungjawab membawa masuk beliau ke dalam skuad senior ialah Louis Van Gaal.

Alaba melakar rekod sebagai pemain termuda tampil untuk Bayern dalam aksi kompetitif iaitu pada usia 17 tahun, 7 bulan dan 8 hari. Jaringan pertama Alaba di Bundesliga hanya tiba ketika beliau dipinjamkan ke TSG Hoffenheim pada 2011.

Hanya pada 2011/12, barulah Alaba menjadi pemain utama Bayern Munich dan beliau terus membuktikan kemampuan beliau di pentas utama menerusi kelincahan beliau.

Alaba menjulang treble pada 2013 ketika Jupp Heynckes menjadi pengurus Bayern. Beliau menjadi nadi utama skuad Bayern. Malah beliau mampu bermain di pelbagai posisi seperti centre back dan midfield.

Bersama Bayern Munich, Alaba tiga kali tersenarai dalam UEFA Team Of The Year. Tujuh kali sebagai pemain terbaik bola sepak Austria dan menjulang 10 kejuaraan Bundesliga dan dua kali UCL.

Selepas 13 tahun, Alaba akhirnya mengumumkan untuk meninggalkan Bayern Munich ketika usia beliau mencecah 28 tahun. Daripada seorang remaja yang hadir dari Austria, beliau hari ini bergelar lagend Bayern Munich.

Satu per satu nama yang melekat dengan Bayern mula pergi. Bermula dengan Frank Ribery, Arjen Robben, kini pemain seperti Alaba dan Jerome Boateng pula mengikut jejak langkah.

Danke Alaba !

Share Post:

Related Posts