
Ianya sungguh luar biasa melihat Christian Eriksen pulih secara tiba-tiba dari serangan jantungnya, Ahad lalu.
Pemain tengah Denmark itu rebah di atas padang pada minit ke-40′ dalam perlawanan pembukaan EURO 2020 mereka menentang Finland.
Setelah menerima rawatan yang agak lama di padang, Eriksen akhirnya digegaskan ke hospital berdekatan untuk meneruskan pemulihannya.

Pada hari Selasa, pemain Inter Milan tersebut sempat memuatnaik gambar swafotonya sambil menyampaikan pesanannya di Instagram yang berbunyi:
Hello semua. Terima kasih banyak di atas ucapan-ucapan manis dan menakjubkan dari seluruh dunia.
Ia sangat bermakna bagi saya dan keluarga saya.
Saya dalam keadaan baik-baik saja – pada ketika ini.
Saya masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan di hospital, tetapi saya rasa baik-baik saja.
Sekarang, saya akan menyokong pasukan Denmark pada perlawanan seterusnya. Bermain untuk seluruh Denmark.
Eriksen mengucapkan terima kasih di atas sokongannya kepada semua di Instagram
Ia juga adalah satu khabar yang sangat baik untuk didengar dan satu-satunya perkara yang sangat penting untuk setakat ini.
Sama ada pihak UEFA mempunyai hak untuk menghabiskan perlawanan di antara Denmark dan Finland tempoh hari, namun kesihatan pemain lebih diutamakan.
Di venue lain pula, Romelu Lukaku hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk membuka tirai perlawanan buat Belgium untuk menundukkan Rusia.
Sewaktu meraikan golnya, Lukaku memberi penghormatan dengan rakannya di Inter dan berlari ke arah kamera sambil berteriak “Christian, saya menyayangi kamu!”
Itu adalah sesuatu yang indah untuk kita saksikan dan Lukaku akan meneruskan tributnya.
Meskipun Eriksen sudahpun pulih, beliau mahu pasukannya melakukan gerakan yang sungguh berkelas dunia dalam permainan mereka bertemu Denmark.
Sewaktu minit ke-10, kami akan berhenti dan mengeluarkan bola dari padang untuk bertepuk tangan.
Beberapa pemain kami sedang dan telah bermain bersamanya di kelab, tetapi fokus kami di sana adalah untuk menang dan ianya paling penting.
Lukaku mahu memberikan penghargaan istimewa buat Eriksen dalam perlawanan Belgium-Denmark