
Antony telah dikritik hebat sejak berpindah ke Manchester United pada musim panas ini.
Pemain sayap Brazil itu menerima kecaman daripada peminat dan pakar sejak berpindah ke Premier League dari Ajax dengan harga £86 juta tahun lalu.
Gabby Agbonlahor menjadi bekas pemain terbaru yang mengecam Antony.
Dia mengutuk pemain berusia 22 tahun itu di talkSPORT, malah meniru ‘Antony Spin’ yang menjadi gerakan terkenalnya.
Seperti yang dinyatakan, prestasi Antony agak merundum dalam jersi Man United setakat ini dan Agbonlahor turut membidasnya.
Bekas penyerang Aston Villa itu mendakwa bahawa sumbangan lima gol Antony dalam 22 perlawanan tidak mencukupi untuk seseorang yang dibayar tinggi.
Malah Agbonlahor mengakui bahawa Antony perlu menjadi lebih seperti Ashley Young dalam kebolehannya untuk melakukan hantaran silang ke dalam kotak dan menewaskan kawalan pertahanan.
Dia turut tidak menggemari stail permainan yang sering menggelecek bola iaitu sesuatu yang menyebabkan peminat melabelnya setakat ini.
Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Gabby kemudian meniru gaya pusingan yang seri dilakukan Antony.
Antony telah dihentam hebat setiap kali dia beraksi sejak menyertai Man United musim ini.