by klasikko in
Premier League

Pakar TalkSport, Gabby Agbonlahor percaya Aaron Wan-Bissaka terbuka untuk menyertai West Ham pada Januari.

Tetapi Agbonlahor tidak pasti Wan-Bissaka adalah seorang pemain yang West Ham perlukan.

Dia mempersoalkan sama ada The Hammers mahukan bek sayap yang kreatif atau bek sayap bertahan.

Agbonlahor memberitahu: “Pada Wan-Bissaka, semua orang tahu dia adalah pertahanan yang lebih mementingkan aspek bertahan.

Adakah dia seorang pertahanan seperti apa yang West Ham mahukan?

“Adakah mereka mahu pemain pertahanan yang berani dan tiada siapa yang mampu untuk dikalahkan?”

“Adakah mereka mahukan pertahanan yang berkualiti yang boleh menghantar bola kepada Scamacca dan pemain penyerang lain? “

“Itulah yang anda perlu putuskan apabila melihat Wan-Bissaka dan itulah yang West Ham perlu putuskan.”

Bekas pemain Aston Villa itu menambah: “Saya pasti dia akan melihat lebih banyak tawaran tetap kerana dia tidak lagi dipercayai Man United.”

Share Post:

Related Posts