
Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale mengakui dia memadam akaun media sosial berikutan peminat mengugutnya bahawa mereka ‘tahu di mana dia tinggal’ selepas tiba di Stadium Emirates.
Bintang kelahiran Stoke-on-Trent itu menyertai Gunners dari Sheffield United selepas tersingkir 2 kali berturut-turut dari Premier League, sebelumnya bersama AFC Bournemouth.
Peminat pada mulanya berasa terkejut dengan perpindahan itu, dengan ramai yang mendakwa tanda harga itu cukup mahal untuk pemain yang mengalami karier yang terumbang-ambing.
Tetapi Ramsdale dengan cepat memenangi hati peminat dengan beberapa siri persembahan yang mengagumkan dan sikap yang disayangi.
Bintang itu kelihatan bersedia untuk mengambil bahagian dalam pentas bola sepak Eropah musim depan kerana Arsenal akan bersaing di Liga Europa.
Bukan semuanya berjalan lancar selepas mempamerkan kekecewaan mereka sejurus ketibaannya.
Situasi seperti itu membuatkan dia memadam segala media sosia miliknya dan menanam azam bahawa satu-satunya orang yang dia perlu kagumi ialah bos Mikel Arteta.
“Pada permulaannya, ia adalah sukar. Saya mempunyai banyak perkara negatif sejak kehadiran saya dengan orang bodoh dalam talian berkata jangan sertai kami,” kata Ramsdale.
“Bukan sahaja ugutan bunuh, tetapi ugutan seperti ‘Kami tahu di mana kamu tinggal’ dan perkara-perkara seperti itu yang cuba untuk menakutkan saya.
“Cukup cepat saya mematikan semua perkara itu. Media sosial bagi saya adalah tempat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan saya dan dengan peminat.
“Tetapi saya menetapkan had pada siapa yang sebenarnya boleh menghubungi saya.”
“Kamu hanya menetapkan diri anda untuk kejatuhan. Walaupun saya menyayangi peminat, mereka tidak berhak memberi pendapat tentang apa yang kami lakukan di atas padang.
“Orang yang perlu saya kagum, seperti yang saya katakan, adalah pengurus, kakitangan kejurulatihan dan akhirnya rakan sepasukan saya.
“Jika saya mempunyai kepercayaan mereka, maka saya akan mendapat kepercayaan peminat juga.”