by klasikko in
Piala Dunia

Beberapa pemain Belgium di Piala Dunia dilaporkan membayar tiket penerbangan mereka sendiri pulang dari Qatar dan tidak pulang bersama pasukan lain.

Red Devils tersingkir daripada Piala Dunia dalam peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1998 selepas hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan.

Selepas berhempas pulas untuk menang 1-0 ke atas Kanada dalam perlawanan pembukaan , keadaan menjadi lebih buruk bagi Belgium dengan kekalahan 2-0 di tangan Maghribi.

Dalam proses kekalahan, skuad itu digemparkan dengan temu bual pelik oleh Kevin De Bruyne.

Di mana dia mendakwa bahawa skuad Roberto Martinez ‘terlalu tua’ untuk memenangi Piala Dunia.

Martinez melakukan yang tugas terbaik untuk mengetepikan komen De Bruyne dalam temu bual selepas perlawanan, tetapi ramai sudah mengetahui semuanya tidak baik dalam kem Belgium.

Jan Vertonghen selaku kapten ketika bercakap kepada media: “Kami mungkin juga menyerang dengan teruk kerana kami terlalu tua, itu sudah pasti bukan?”

Tidak lama kemudian muncul laporan mengenai pergaduhan antara Vertonghen, De Bruyne dan Eden Hazard selepas perlawanan.

Secara ringkasnya, kem Belgium berada dalam keadaan kucar-kacir.

Di tengah-tengah kekacauan itu, Belgium sebenarnya masih boleh layak ke pusingan 16 sekiranya mereka mengalahkan Croatia dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Malangnya, semua serba tidak menjadi.

Pemain gantian, Romelu Lukaku terlepas beberapa peluang untuk memberikan pasukannya kemenangan penting.

Ia bermakna pasukan yang menduduki ranking nombor dua dunia sebelum kejohanan itu pulang lebih awal.

Lebih mengejutkan, seramai lima pemain memilih untuk membayar penerbangan berasingan daripada perbelanjaan sendiri dan bukannya menaiki pesawat sama dengan rakan yang lain.

Akhbar Belgium, Het Laatste News melaporkan bahawa Thomas Meunier, Axel Witsel, Jeremy Doku, Arthur Theate dan Lois Openda semuanya memilih untuk membiayai pengangkutan mereka sendiri untuk pulang.

Beberapa jam selepas wisel penamat menentang Croatia, jurulatih pasukan kebangsaan Martinez mengesahkan bahawa perlawanan itu akan menjadi perlawanan terakhirnya.

Memandangkan beberapa ‘Generasi Emas’ Belgium menghampiri tahun-tahun terakhir kerjaya mereka, pasti ada keraguan tentang sejauh mana kumpulan bakat muda yang akan digilap oleh jurulatih baharu nanti.

Pemain seperti Vertonghen, Witsel, De Bruyne, Eden Hazard dan Dries Mertens semuanya kini berada dalam lingkungan usia 30an dan mustahil untuk bermain di Piala Dunia akan datang.

Sebelum kejatuhan mereka di Qatar, Belgium telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan antarabangsa baru-baru ini, mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan suku akhir di Euro 2020.

Dengan cara rombakan semula, mungkin sedikit masa diperlukan Belgium untuk melangkah lebih jauh ke dalam pertandingan besar sekali lagi.

Share Post:

Related Posts