by klasikko in
Premier League

Everton telah mengenalpasti calon yang mereka mahukan sebagai pengurus tetap mereka yang seterusnya.

Salah satu daripada senarainya termasuklah Wayne Rooney dan Frank Lampard.

Bekas bos Liverpool, Rafael Benitez mengambil alih tugas Everton pada musim panas lalu apabila Carlo Ancelotti kembali menguruskan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Walaupun permulaan yang baik pada awalnya di Merseyside dengan melakarkan empat daripada enam perlawanan pertama di liga.

Kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila mereka hanya mampu mencatatkan satu kemenangan dalam 13 perlawanan liga sejak kebelakangan ini.

Prestasi suram itu akhirnya merugikan Benitez yang dipecat serta merta semalam.

Seluruh peminat Toffees pasti tertanya-tanya mengapa pelantikan itu diumumkan sejak awal musim memandangkan sejarahnya bersama musuh ketat kelab, Liverpool.

Bagaimanapun, Everton telahpun mengambil langkah yang drastik tanpa Benitez serta mengenalpasti lima nama di dalam senarai pendek yang mungkin diambil alih secara tetap.

Seperti dilaporkan oleh Football Insider, bekas pemain Toffees iaitu Duncan Ferguson dan Leighton Baines bersedia untuk memimpin secara sementara untuk perlawanan pada hari Sabtu menentang Aston Villa nanti.

Bagaimanapun, Sky Sports telah mendedahkan senarai pendek pengurus Everton, termasuklah Lampard dan Rooney iaitu 2 orang ikon Premier League.

Nama-nama lain seperti Roberto Martinez (Belgium), Graham Potter (Brighton) dan Rudi Garcia (bekas pengurus Roma & Lyon).

Lagenda Manchester United, Rooney nampaknya seperti calon paling sesuai kerana beliau adalah seorang peminat Everton sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

Akan tetapi, Rooney masih kurang berpengalaman dan dikatakan menumpukan sepenuh perhatiannya bersama Derby County yang kini masih bergelut di tangga tercorot Championship.

Lampard pastinya akan menampilkan gaya permainan yang menghiburkan, tetapi rekod dan pengalamannya yang pernah melatih Chelsea sebelum ini menjadi persoalan buat penyokong Everton.

Selain itu, Graham Potter adalah salah seorang pengurus yang dianggap berkebolehan tinggi kerana usianya yang muda di dalam karier kejurulatihan.

Dipercayai beliau cukup bahagia dengan kehidupannya di selatan pantai England pada masa ini, jadi untuk mendapatkannya mungkin terbukti agak sukar.

Dua calon pengurus terakhir, Roberto Martinez dan Rudi Garcia terbukti boleh menjadi bos baru mereka.

Martinez akan terbuka hati untuk kembali ke Goodison Park bagi menstabilkan semula keadaan secara jangka pendek.

Sementara itu, Garcia adalah satu nama yang begitu asing di England, tetapi beliau memiliki satu rekod purata mata setiap perlawanan iaitu 1.79 daripada empat kelab terakhir yang pernah diurusnya.

Share Post:

Related Posts