by klasikko in
Antarabangsa Piala Dunia

Susulan peristiwa memalukan di São Paulo pada hujung minggu lalu kerana penangguhan perlawanan antara Argentina dan Brazil, berita selanjutnya terus menerus menjadi perbualan hangat.

Menurut wartawan Brazil, Marcelo Silva de Sousa, sumber dari Polis Persekutuan mengesahkan bahawa Emiliano Martínez, Emiliano Buendía, Cristian Romero, dan Giovani Lo Celso sedang disiasat kerana dianggap melakukan satu jenayah.

Laporan tersebut menyatakan bahawa 4 pemain tersebut mungkin dituduh sebagai satu kesalahan kerana memalsukan maklumat disebabkan tidak mendedahkan penerbangan ke Brazil dari Argentina melalui England dalam deklarasi perjalanan.

Di Brazil, pemalsuan ideologi yang melibatkan penghapusan atau penyalahgunaan maklumat dalam dokumen atau pernyataan awam untuk mengubah kebenaran adalah satu jenayah yang berat.

Sekiranya tuduhan jenayah itu terbukti, hukuman yang termaktub dalam kanun keseksaan adalah hukuman penjara sekurang-kurangnya 1 tahun hingga ke 5 tahun.

Nampaknya keempat-empat pemain yang dimaksudkan mungkin tidak akan ke penjara, tetapi mungkin mereka akan diminta membayar denda di atas tindakan bermasalah itu.

Berita baharu yang diterima adalah Martinez dan Buendia masing-masing dihantar ke Croatia bagi tempoh kuarantin selama 10 hari di Croatia sebelum dilepaskan ke pangkuan kelab, Aston Villa.

Manakala, pemain Tottenham Hotspur iaitu Lo Celso dan Romero turut dihantar pulang oleh La Albiceleste ke England.

Share Post:

Related Posts