by admin in
Premier League

Ayam tambatan Manchester City, Raheem Sterling mendahului carta dalam senarai pemain berkulit hitam yang menjadi sasaran perkauman dan peras ugut menurut satu kajian penyelidikan.

Analisa menunjukkan ribuan mesej yang berunsur perkauman itu secara umumnya dihantar di Twitter (44 peratus) sejak projek bersambung semula atau “project restart” pada musim lalu dan penyelidik mendedahkan peningkatan kepada 56 peratus pada musim ini.

Manchester City's Sterling blasts social media platforms over online abuse  | Daily Sabah
Sterling menjadi “penghulu” kepada semua pemain kulit hitam yang dijadikan sasaran rasis

43 peratus (13 daripada 30) pula melibatkan pemain berkulit hitam yang beraksi di Premier League. Mereka telah menjadi subjek cacian yang berbaur perkauman oleh individu-individu tidak mempunyai nilai moral yang tinggi dalam diri.

Lebih kurang 3,000 lebih mesej yang berunsur kata cacian telah direkodkan oleh pihak penyelidik. Hal itu, bukan merisaukan pihak atasan, malahan pemain yang berbangsa atau berkulit hitam juga bimbang jika perkara ini boleh menjadi kritikal lagi.

Mesej-mesej tersebut ditujukan terutamanya kepada 3 orang pemain yang tidak asing lagi dalam bola sepak England iaitu Sterling, Wilfried Zaha dan Adebayo Akinfewa.

Crystal Palace star Wilfried Zaha names the most important man in his  career - football.london
Wilfried Zaha (Crystal Palace) pernah diugut oleh seorang budak lelaki berumur 12 tahun menerusi akaun Instagramnya
Adebayo Akinfenwa 'The Beast' to consider wrestling after his football  career - Gist Of The Day
Adebayo Akinfewa (Wycombe Wanderers) bukan sahaja menjadi objek perkauman, malahan menjadi mangsa ejekan rupa fizikal
Wycombe report racist abuse after Adebayo Akinfenwa is targeted following  defeat to Coventry - Mirror Online

Oleh itu, kewujudan kempen seperti “Kick It Out Racism” atau upacara melutut sebelum perlawanan berlangsung telah pun dilaksanakan untuk membuka mata bagi mana-mana individu yang sering memandang remeh perkara itu.

Gerakan aktivis iaitu “Black Lives Matter” juga turut giat dipertingkatkan bukan sahaja di Premier League sejak Jun yang lepas, malahan secara global oleh komuniti berkulit hitam berkenaan.

FA, EFL and Premier League keep no record of alleged racist incidents |  Football News | Sky Sports
Explained: Why 'White Lives Matter' and 'All Lives Matter' misses the point  of Black Lives Matter | Goal.com

PAPAN IKLAN

Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:

–> https://fgsstore.weebly.com/xflix.html <–

This image has an empty alt attribute; its file name is image-46-1024x571.png
This image has an empty alt attribute; its file name is image-47-1024x573.png

*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.

Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply