by klasikko in
Piala Dunia

Akhbar Perancis, L’Equipe terkenal kerana menilai rendah pemain mereka sendiri dan sekali lagi bertindak kejam selepas perlawanan akhir Piala Dunia.

Argentina akhirnya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 3-3 yang mendebarkan.

Lionel Messi menjaringkan dua gol dan menjulang trofi ini yang diidam begitu lama, manakala Kylian Mbappe turut menyerlah dalam perlawanan final dengan mencatat hatrik.

Namun, terdapat juga beberapa kegagalan besar dan L’Equipe telah memutuskan bahawa dua pemain mereka tidak layak untuk dinilai.

Ia mungkin tidak mengejutkan bahawa kedua-dua pemain itu ialah Ousmane Dembele dan Olivier Giroud yang benar-benar tidak muncul untuk perlawanan besar ini.

Giroud hampir tidak menyentuh bola sebelum digantikan oleh Didier Deschamps sebelum waktu rehat.

Manakala Dembele gagal dikesan, kehilangan bola banyak dan juga punca pihak lawan mendapat penalti dengan beberapa keputusan terburu-buru.

Mengenai Dembele, L’Equipe menulis: “Empat puluh minit tidak layak untuk final Piala Dunia.

“Dari segi pertahanan, pemain Barcelona itu terlalu jauh dari lawannya.

“Dia ditinggalkan oleh Angel Di Maria sebelum melakukan kesalahan yang boleh dipersoalkan di dalam kawasan penalti.

“Secara menyerang, semua penguasaan bolanya berakhir di kaki perrtahanan lawan.”

Mengenai Giroud, mereka menambah: “Kisah hebat Olivier Giroud dalam pasukan Perancis boleh berakhir dalm masa 41 minit dan 12 sentuhan bola yang teruk.

“Penyerang itu tidak dapat menandingi pertahanan Argentina yang menguasainya walaupun di udara, iaitu kekuatan kebiasaan Giroud.

“Dia juga penat untuk menekan lawan pada masa yang sangat tinggi.”

Share Post:

Related Posts