
Dengan musim baru akan menjelang tiba, pastinya para pemain sedang menunggu apakah nombor jersi yang bakal mereka sarung.
Adakah mereka masih memegang nombor yang sama ataupun tidak itu semuanya terletak di tangan pengurus dan diri masing-masing.
Namun, ada juga yang mengharapkan nombor yang tidak pernah dijangka dek akal dimiliki oleh pemain bola sepak.
Mari kita lihat senarai pemain yang menyarung nombor jersi paling pelik dalam sejarah:
17. Declan Rice – Nombor 41

Declan Rice memulakan kariernya dengan jersi bernombor 41 dan telah mencapai peringkat terbesar dengan nombor itu.
Tetapi sudah tiba masanya untuk beliau melupakannya.
Andai Rice benar-benar mahu dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah, beliau perlu mempunyai nombor yang sesuai.
Jika bukan di West Ham, mungkin beliau berpeluang mengubahnya di kelab lain.
16. Mario Balotelli – Nombor 45

Sedang berada pada usia 30an, Balotelli pasti mempunyai alasan untuk menyarung jersi 45 sepanjang kariernya.
Beliau pernah menjelaskan tentang pemilihan nombor itu sewaktu zaman remajanya di Inter kerana campuran nombor empat dan lima adalah sembilan iaitu nombor utama penyerang.
15. Martin Skrtel – Nombor 37

Hakikatnya, Skrtel adalah di antara pertahanan terbaik di Premier League pada tahap terbaiknya walaupun memakai nombor yang dikhaskan buat pemain remaja sepanjang kariernya.
Mengapa? Kerana beliau adalah seorang bek tengah yang keras seperti batu, jadi tiada sesiapa pun berani mempersoalkannya.
14. Scott McTominay – Nombor 39

Ada segelintir peminat Manchester United beranggapan McTominay masih belum layak menyarung nombor jersi utama pasukan.
13. Antoine Griezmann – Nombor 8
Secara dasarnya, ia bukanlah satu nombor yang pelik.
Sejak kepulangannya ke Atletico Madrid, nombor 7 sudah diambil pemain lain.
Maka, Griezmann memutuskan untuk menyarung nombor seterusnya iaitu 8.
Walaupun ia adalah satu idea yang bernas tetapi kelihatan pelik.
Mungkin beliau boleh memilih nombor 17 yang lebih kurang sama angkanya.
12. Samuel Eto’o – Nombor 5

Beliau seolah-solah bosan menjadi salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.
Jadi, Eto’o melengkapkan musim luruh kariernya dengan melakukan apa sahaja yang dimahukan.
Selepas dibayar gaji yang tinggi daripada Anzhi Mackhachkala, beliau menuju ke Premier League bersama Chelsea.
Everton menyambarnya selepas semusim di London dan terus menyarung jersi nombor lima. Ya, 5.
Nombor yang sangat dihormati itu, dikhaskan untuk penyerang legenda seperti Eto’o.
Mujur, beliau hanya berada di sana selama setengah musim.
11. Edgar Davids – Nombor 1
Dalam satu perpindahan yang agak pelik menyaksikan Davids mengambil alih Barnet sebagai pemain dan pengurus pada 2012.
Davids memutuskan untuk memakai baju nombor satu itu apabila bersama pasukan.
Tiada siapa yang berani untuk memberitahu Davids yang beliau beraksi di divisyen 4 England ketika itu.
10. William Gallas – Nombor 10

Satu lagi perpindahan yang masih dipersoalkan.
Gallas menghabiskan empat tahun sebagai pemain nombor 10 di Arsenal.
Bek Perancis itu adalah pemain nombor 10 Arsene Wenger selepas pemergian Dennis Bergkamp.
Walaupun ia agak aneh tetapi benar-benar berlaku.
9. Phil Foden – Nombor 47

Foden masih lagi berada dalam usia yang sangat muda.
Beliau juga antara nama pertama dalam pasukan utama di Manchester City.
Ramai yang meminta Foden untuk mengubah nombor 47.
8. Wilfried Bony – Nombor 2
Bony pulang ke Swansea City dan nombor kegemarannya telah diambil pemain lain.
Perkara pertama yang dilakukannya ialah memilih nombor 2.
2 juga melambangkan tempoh kedua beliau di Wales apabila Swans tersingkir ke liga Championship.
7. Gary Hooper – Nombor 88

Selepas menandatangani untuk Celtic pada tahun 2010, Hooper memilih jersi nombor 88.
Mewakili tahun beliau dilahirkan 1988, Hooper menggengam nombor itu di mana sahaja beliau bermain malah sehingga ke hari ini.
6. Trent Alexander-Arnold – Nombor 66

Hanya tua setahun dari Foden, Alexander-Arnold menempuh kariernya bermula dari akademi kelab.
Ramai yang masih hairan walaupun beliau menjadi pilihan utama Klopp, tetapi hingga ke hari ini Arnold masih menyarung jersi 66.
5. Cristiano Lupatelli – Nombor 10

Penjaga gawang Roma itu menuju ke Chievo atas syarat pemilikan bersama pada tahun 2001.
Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan, beliau meminta syarat pelik semasa ketibaannya ke Verona.
Lupatelli memilih baju nombor 10 kerana beliau bertaruh wang dengan rakan-rakannya.
Lebih menghairankan, kelab itu menuruti permintaannya pada awal 2000-an Serie A.
4. Nicklas Bendtner – Nombor 52

Salah seorang watak pemain yang pernah mewarnai bola sepak zaman moden.
Pertukaran nombor jersi Bendtner pada 2009 daripada 26 kepada 52 adalah salah satu paling pelik.
Laporan mendapati beliau beralih kepada nombor 52 untuk mewakili gaji £52,000 seminggu.
Tetapi Bendtner segan untuk mengakuinya, sebaliknya menyatakan nombor itu mempunyai makna peribadi yang istimewa.
3. Bixente Lizarazu – 69

Melihat pemain yang menyarung jersi nombor 69 adalah pelik dan lucu di atas sebab-sebab tertentu.
Pemain Perancis, Lizarazu kembali bersama Bayern Munich dan mempunyai alasan tersendiri.
Dengan memiliki berat 69kg, berdiri pada ketinggian 1.69 meter dan dilahirkan pada tahun 1969, pasti ramai peminat memahaminya.
2. Jorge Campos – Nombor 9

Antara penjaga gol bola sepak yang paling gila dengan menjaringkan gol, mereka bentuk jersi sendiri dan memakai nombor yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dipakai.
Campos sering mengubah nombor jersinya dari semasa ke semasa.
Namun, baju nombor sembilan lebih diingati kerana mengimbau kembali zamannya sebagai seorang penyerang.
1.Ivan Zamorano – Nombor 1+8

Nama yang terakhir melengkapkan senarai ini, pasti ramai masih tidak akan melupakan detik kegilaan Zamorano di Inter Milan.
Mengapa Ivan Zamorano memakai nombor terkenalnya 1+8?
Apabila Roberto Baggio menyertai Inter pada tahun 1998, Ronaldo memberikannya nombor 10.
Tetapi kemudian pemain Brazil itu mendapatkan semula nombor 9 Zamorano.
Malangnya, pemain Chile itu tidak menyukainya, kerana beliau sangat menyayangi nombor kegemarannya.
Jadi, dengan bantuan pengarah sukan, beliau memujuk liga bola sepak Itali untuk membenarkan tanda “+” antara 1 dan 8 yang menjadi jawapan kepada 9 di belakang jersi.
Ia adalah salah satu kejadian unik dalam bola sepak sehingga ke hari ini.