by klasikko in
Moment

Sebenarnya, untuk melengkapkan urusan jual beli pemain bukanlah satu tugas yang mudah.

Dengan begitu banyak tekanan ke atas kelab untuk menyelesaikan tawaran dan pemain sentiasa terdesak untuk melangkah seterusnya dalam kerjaya mereka, jendela perpindahan akan memakan masa.

Ditambah dengan keinginan yang tidak putus-putus daripada peminat untuk melihat muka baru, adalah sangat sukar untuk menyelesaikan rundingan antara satu pihak dengan pihak lain.

Jadi, dengan jendela perpindahan musim panas kini sedang giat dijalankan, mari kita mengimbas semula 11 khabar angin perpindahan yang hampir menggemparkan dunia bola sepak.

11. Loic Remy ke Liverpool (2013)

Pada musim panas 2013, Liverpool semakin hampir mengukuhkan barisan serangan mereka.

Loic Remy yang ditagih dari QPR telah bersetuju dengan syarat untuk berpindah ke Anfield dengan perpindahan £8.5 juta.

Bagaimanapun, The Reds tidak dapat menyelesaikan rundingan itu kerana Remy dikatakan gagal menjalani ujian perubatannya.

Sejak dari itu beliau sering meluahkan mengenai perkara itu kerana mengikut gerak hatinya yang samar-samar.

Beliau menandatangani kontrak dengan Chelsea pada bulan berikutnya, memenangi Premier League dan Piala Liga pada musim sulungnya.

10. Robert Lewandowski ke Blackburn (2010)

Jika bukan kerana abu gunung berapi yang meletus di Iceland, mungkin Lewandowksi telah mengangkat nama Blackburn di pentas Eropah.

Legenda Poland itu muncul sebagai penyerang muda yang prolifik di Lech Poznan.

Lewa sepatutnya bertemu dengan Sam Allardyce untuk memantau fasiliti yang terdapat di Ewood Park sambil menunggu perjanjiannya untuk diselesaikan.

Sungguh rugi kita tidak pernah melihat duo Big Sam dan Lewandowski merobek pertahanan EPL.

9. Daniel James ke Leeds United (2019)

Sukar untuk mempercayai perkara ini diselitkan dalam siri dokumentari Amazon Prime Leeds.

James berada di tempat latihan Leeds sehingga 11 jam setelah bergambar dengan jersi dan menyelesaikan semua surat rasmi, tetapi perpindahan Januari 2019 gagal sebelum waktu akhir.

Perubahan hati daripada pengerusi Swansea yang menarik balik perjanjian itu membiarkan James terkandas di barat Yorkshire tanpa mengetahui apa yang telah berlaku.

Mujur perpindahan ke Manchester United terjadi pada musim panas berikutnya, di mana pemain Wales itu dijual kepada Leeds pada 2021.

8. Paulo Dybala ke Tottenham (2019)

Pemain yang sering dikaitkan dengan kelab-kelab terkemuka setiap musim panas tanpa sumber yang sah.

Dybala sebenarnya hampir menyertai Tottenham pada 2019.

Bagaimanapun, Juventus amat berat hati mahu melepaskannya kerana Tottenham tidak membayar £69 juta seperti yang dituntut setaraf dengan imejnya.

Dybala boleh didapati secara percuma pada musim panas ini yang mungkin akan menarik semula Spurs dan kelab lain yang berminat sebelum ini.

7. Emannuel Adebayor ke Aston Villa (2015)

Nasib Adebayor juga hampir sama seperti seperti James di Leeds yang telah menyelesaikan semua kertas kerja dan bergambar dengan jersi Aston Villa.

Beliau bersetuju untuk meninggalkan Tottenham secara percuma pada musim panas 2015.

Bagaimanapun, usaha untuk bekerjasama dengan Tim Sherwood semula gagal apabila Villa enggan menjadikannya sebagai pemain yang dibayar gaji tertinggi.

Penyerang Togo itu kemudian menandatangani kontrak bersama Crystal Palace pada musim panas berikutnya.

6. Nabil Fekir ke Liverpool (2018)

Fekir seringkali dianggap sebagai pemain bola sepak berkelas dunia sepanjang 2010-an, tetapi siri kecederaan menghalangnya pergi lebih jauh.

Persembahannya yang memukau bersama Lyon telah menggoda Liverpool untuk menandatanganinya dengan harga £53 juta pada 2018, tetapi perjanjian itu gagal.

Sungguh malang bagi pemain Perancis yang kreatif itu yang mendedahkan bahawa ia bukanlah masalah perubatan dengan lututnya tetapi masalah dengan ejennya.

Fekir menandatangani kontrak dengan Real Betis pada musim panas 2019.

5. Willian ke Tottenham (2013)

Jarang kita mendengar khabar seperti beliau.

Tottenham sebenarnya berada di ambang untuk menandatangani Willian pada 2013, sebelum Chelsea menyerbu dan merampas perjanjian itu.

Bekas pengarah Anzhi Mackhachkala, Herman Tkachenko turut mengakuinya.

Tkachenko mendedahkan bahawa Willian berada di tempat latihan Tottenham yang bersedia untuk menandatangani kontrak, tetapi Daniel Levy telah menangguhkan segala pembayaran.

Pemain Brazil itu kemudian mendapat panggilan daripada Jose Mourinho, manakala Roman Abramovich menunjukkan keinginan untuk menyelesaikan perjanjian itu lebih cepat daripada Levy.

4. Roy Keane ke Blackburn (1993)

Blackburn terlepas untuk menandatangani Keane pada musim panas 1993 kerana Kenny Dalglish telah mengumpulkan borang yang salah.

Pada tengahari Jumaat, beliau terpaksa menunggu sehingga hari Isnin berikutnya untuk memuktamadkan perjanjian itu.

Sewaktu itu, Sir Alex Ferguson masuk campur dan menandatangani Keane untuk United selepas bertemu dengannya.

Sir Alex memujuknya ke Red Devils dan mendapatkan persetujuan bersama dengan Nottingham Forest.

Bayangkan betapa berbezanya nasib United jika Keane memilih untuk ke Blackburn.

3. Kaka ke Manchester City (2009)

Pada 2009, Manchester City dilimpahi dana yang cukup banyak.

Mereka tidak teragak-agak membentangkan tawaran besar kepada Milan yang mencecah sehingga £88 juta untuk Kaka.

Pada mulanya, Kaka bersedia memberi lampu hijau untuk berpindah dan menuju ke Manchester.

Tetapi selepas mendengar tentangan daripada peminat Milan yang ghairah, beliau menjadi marah dan berubah fikiran.

Pemain Brazil itu kekal bersama Rossoneri dengan sambutan yang melampau.

City tewas mengejarnya dan Real Madrid datang menyambar Kaka pada musim panas itu.

2. Paul Gascoigne ke Manchester United (1988)

Ferguson terdesak untuk membawa Gascoigne ke Theater of Dreams untuk menyarung jersi United sekitar akhir 1980-an.

Beliau hampir sertai Red Devils pada tahun 1988 apabila ‘Gazza’ meninggalkan Newcastle, tetapi akhirnya tewas dengan lamaran Tottenham.

Gascoigne menceritakan pengalaman pahit itu, menjelaskan bahawa keraguannya tentang masa bermain ditambah pula tawaran menarik dari Tottenham yang merugikan United.

1.David de Gea ke Real Madrid (2015)

Perpindahan terbesar yang tidak menjadi dalam dunia bola sepak.

Real Madrid kalah dalam menandatangani penjaga gol bertaraf dunia pada hari akhir jendela urusan jual beli pada musim panas 2015 kerana kerosakan mesin faks.

Pengejaran Los Blanco untuk De Gea telah lama diketahui dan berlarutan sepanjang musim panas.

Apabila mereka akhirnya mencapai persetujuan, Real sanggup membayar yuran perpindahan ditambah Keylor Navas sebagai pertukaran.

Semuanya berjalan lancar sehingga dokumennya tidak dihantar tepat pada masanya dan perjanjian itu tersekat.

Sejak itu, Real telah memenangi empat Liga Juara-Juara dan tiga gelaran La Liga.

Share Post:

Related Posts