
Manchester United telah mengejar Frenkie de Jong hampir sepanjang musim panas.
Namun, percubaan mereka untuk membawa pemain Belanda itu ke Old Trafford berkemungkinan berakhir dengan kegagalan.
Walaupun Barcelona memerlukan wang tunai untuk pemain berusia 25 tahun itu, nampaknya De Jong tidak mempunyai keinginan untuk bersatu semula dengan Erik ten Hag di England.
De Jong berkata dia sudah berada di “kelab terbesar di dunia” apabila ditanya mengenai masa depannya bulan lalu dan dilaporkan mempunyai 10 sebab mengapa perpindahan ke Man Utd tidak menarik minatnya.
Berikut adalah 10 sebab mengapa De Jong akan mengatakan ‘tidak’ kepada perpindahan ke Old Trafford, walaupun bayaran dipersetujui antara United dan Barça.
1.De Jong memiliki sebuah rumah di Pedralbes
De Jong baru-baru telah membeli sebuah rumah di salah satu kawasan yang menjadi tumpuan di Barcelona, Pedralbes.
Pemain skuad Belanda itu tidak akan melaburkan wang yang besar jika tiada perancangan bermain di Barça untuk beberapa tahun akan datang.
2. Kekasihnya amat menyayangi kelab dan mempunyai hubungan yang rapat dengan bandar Barcelona
De Jong baru-baru ini bertunang dengan teman wanitanya, Mikky Kiemeney yang mencintai Barcelona dan tiada niat untuk meninggalkan bandar Barcelona, menurut laporan Sport.
Pasangan muda itu mempunyai ramai kenalan dan dikatakan ‘sangat gembira’ di mana mereka berada.
3. Kelab impiannya ialah Barça, bukannya Man United
Manchester United mungkin salah sebuah kelab terbesar di dunia.
Sejak kecil lagi, De Jong hanya meminati gergasi Catalan itu.
4. Tidak bersaing di pentas Liga Juara-Juara

Sebab yang sama mengapa Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Man Utd.
De Jong sedar bahawa untuk mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia, dia perlu bermain dalam pentas Eropah yang paling berprestij.
5. Man Utd telah disumpah

De Jong percaya bahawa Man Utd terkial-kial mencari rentak dan bergelut sejak Sir Alex Ferguson bersara.
Malah peminat United akan faham mengapa Frenkie masih belum mengumumkan kata putus untuk terbang ke Old Trafford.
6. Cuaca di Manchester
Cuaca yang tidak menentu di Manchester sering menjadi bahan jenaka, tetapi ia benar-benar penting bagi sesetengah pemain.
De Jong dan tunangnya menyukai iklim di Barcelona dan perancangan untuk berpindah ke Manchester yang kerap hujan tidak menarik minat mereka.
7. De Jong yakin dapat buktikan kehebatannya pada Xavi

De Jong telah mencuri perhatian peminat sejak berada di Ajax kerana keberaniannya pada bola.
Cara dia berlari ke depan dan belakang serta merampas bola melepasi lawan.
Bagaimanapun, Xavi tidak mahu pemain Belanda itu mempunyai begitu banyak kebebasan di atas padang.
Dia mahu menjadi lebih statik pada setiap masa, hanya kekal di posisinya apabila diperlukan.
Kedua-duanya telah banyak berbincang mengenai isu ini dan De Jong bersedia untuk menyesuaikan permainannya bagi memenuhi permintaan bosnya.
8. Bayaran gaji
Sukar bagi mana-mana kelab untuk menandingi apa yang Barcelona bayar sekarang kepada De Jong.
The Sun baru-baru ini mendedahkan bahawa pemain tengah itu boleh memperoleh sehingga £450,000 seminggu jika dia memenuhi semua bonusnya.
Gaji tertunggak De Jong sebanyak £17 juta masih belum dibayar, oleh itu dia perlu kekal untuk menuntutnya.
9. De Jong tidak gemar dipaksa untuk tinggalkan Camp Nou
Ironinya, De Jong tidak diberitahu apa-apa daripada lembaga pengarah mahupun staf rekrut untuk meninggalkan Barcelona.
Dia tidak gembira dengan ‘perusuh’ yang memaksanya ke Premier League dan percaya demonstrasi telah dicipta untuk dia meninggalkan Camp Nou.
10. Hubungan renggang antara Barça dan United

De Jong juga tidak berpuas hati dengan hubungan antara Barcelona dan Man Utd yang berlaku di belakangnya.
Namun, skrip berbeza akan tertulis jika Chelsea serius mahu mendapatkan De Jong.
Dengan kehidupan mewah di London, layak ke UCL, skuad pemain hebat dan jurulatih terkemuka, Thomas Tuchel boleh mempengaruhinya untuk meninggalkan Barcelona.